Apr 24, 2011

Kembali Beraksi


Setelah sekian lama menyepi, alhamdulillah syukur dan terima kasih diucapkan kepada pihak Outward Bound Malaysia Lumut kerana memberi peluang untuk aku kembali beraksi sebagai Part-time Instructor selama 5 hari untuk program pembinaan dan pemantapan pasukan PTPK 01/11.

Girang rasanya dapat kembali beraksi melakukan kerja-kerja yang pernah menjadi rutin harian selama hampir 3 tahun berkhidmat disana, suatu masa dahulu. Jauh didalam hati masih terasa perasaan gementar untuk berdepan dengan peserta pada hari pertama. Berbekalkan pengalaman yang sedikit, melakukan perkongsian ilmu bersama peserta, bertujuan untuk memberi persediaan mental yang cukup untuk para peserta berhadapan dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi sepanjang tempoh kursus dijalankan.

Digandingkan dengan kekuatan Mohd Syafri 'Rokok' sebagai Course Director, Syafirul Safri 'Usop' sebagai Watch Instructor dan Ain sebagai Support Instructor, menjadikan perjalanan kursus lebih mudah dan lancar terutamanya dari segi komunikasi serta persefahaman.

Secara keseluruhannya, AKU AMAT BERPUAS HATI dan ENJOY! Semoga rezeki seperti ini akan kembali agar aku dapat memperkasakan teknik disamping mempelajari perkara baru daripada barisan Jurulatih OBML tidak kira yang lama atau yang baru. Terima kasey.



Previous Home