Jan 29, 2011

Nomad PT Facilitator

Earth Camp

23hb Januari 2011 - Buat pertama kalinya dalam tempoh 12 bulan ini aku kembali beraksi sebagai seorang Facilitator. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang sebegini. Terima kasih kepada Pokjenal, Mr.G dan Yuen Li kerana mempercayai seorang insan yang bernama N.K.Amri untuk bersama-sama menjayakan program perkhemahan Tanglin Trust International School di Nomad Earth Camp selama 6 hari 5 malam ini.

Jika nak dibandingkan antara aku dan Facilitator yang lain, ternyata aku masih jagung. Namun, umur dan pengalaman bukan penghalang dalam pekerjaan dan juga pembelajaran. Gembira kerana dapat berjumpa dan bekerja kembali bersama rakan-rakan seperjuangan semasa di Outward Bound School Lumut dahulu. Cuma kini berada di tempat dan situasi yang berlainan.

Bertanya mengenai "Perasaan"? Semestinya GEMURUH! Namun semuanya dalam keadaan terkawal dan aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini dari hari ke hari. Crew Nomad Adventure sememangnya sempoi dan mereka memberi kerjasama serta komitmen sepenuhnya terhadap kerja. Sehingga bertemu lagi pada program yang seterusnya...

Previous Home