Jan 15, 2011

Suara Azan


Aku suka mendengar laungan azan, sungguhpun ianya "membingitkan" bagi sesetengah pihak. Aku merupakan seorang Muslim. Aku lahir dan membesar di sebuah negara berbilang kaum yang aman dan makmur. Selama hidup aku ini, walaupun terdapat pelbagai jenis "gangguan" tidak kira dari segi bunyi mahupun penglihatan daripada agama lain, namun tidak pernah terdetik sedikit dalam hati aku ini untuk membenci/menghalang ritual mahupun upacara tersebut. Sebab dalam Islam aku diajar untuk menghormati agama lain. Namun dalam Islam aku tidak diajar untuk terus tunduk.. dan tunduk terhadap perkara yang boleh menggugat dan menjatuhkan Islam. Semenjak aku bekerja Part-Time di Bangsar Baru, aku menjadi terkejut atau dengan kata lain Cultural Shock dimana masjid disini tidak memasang pembesar suara luar ketika melaungkan azan? Negara apakah ini??? Apa yang terjadi disini???

Previous Home