Jan 31, 2011

New Balance 572

New Balance

30hb Januari 2011 - Akhirnya tercapai juga hajat aku untuk memiliki kasut baru. Tanpa berfikir panjang, aku jejakkan kaki ini ke dalam kedai kasut di IOI Mall Puchong dan dengan tekun meneliti kasut-kasut New Balance yang tersusun rapi di atas rak. Diam tak diam sudah 2 tahun aku tidak membeli kasut sukan rupanya.

Entah kenapa dari dahulu aku tak sanggup berbelanja lebih untuk membeli sepasang kasut. Lebih-lebih lagi jika tujuannya adalah untuk "di-lenjan" semata-mata...

Selama ini aku lebih selesa untuk memakai kasut getah (adidas kampung) ketika melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung mahupun melakukan aktiviti air. Setelah berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk aku berikan sedikit keselesaan kepada kedua belah kaki yang telah banyak berjasa ini.

New Balance 572 siri All Terrain menjadi pilihan aku sebagai permulaan 'manja-manja kaki' 2011 ini. Mari kita lihat performance kasut ini ketika di Hutan Hutan Tropika.. Semoga penggunaannya nanti berbaloi dengan harganya.

Kembali ke "Rahmatullah" pada tanggal 27hb Ogos 2012 untuk pendakian terakhirnya ke Gunung Chondong Geliting, Ulu Slim, Perak.

Previous Home