Feb 16, 2011

Ekspedisi Mendaki Korbu Gayong (KORGA)

Korbu Gayong

3-6hb Febuari 2011 - Sekali lagi kaki ini ku jejakkan ke Gunung Korbu dan Gayong. Namun kelainan yang ada pada kali ini ialah para peserta datangnya daripada 3 negara yang berlainan iaitu Filipina, Indonesia dan Malaysia. Layak juga di sebut sebagai Ekspedisi KORGA 3 Negara. Hehehehe..

Barisan peserta terdiri daripada 7 orang peserta kerakyatan Filipina yang bekerja di Singapura, 4 orang peserta warganegara Malaysia dan 1 orang peserta kerakyatan Indonesia yang bekerja di sini. Jurupandu yang diberi mandat untuk berada di hadapan adalah En. Harikrishna Batunipah, manakala saya seperti biasa berada di barisan paling belakang sebagai Sweeper.

Peluang keemasan ini aku gunakan dengan sebaiknya untuk menilai tahap kekuatan kasut New Balance 572 yang baru ku miliki. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan sangat selesa, namun, tetap kalah kepada kelicinan batu-batu sungai serta akar-akar kayu yang menjalar di tengah-tengah rentis.

Terima kasih diucapkan kepada Ubet kerana banyak membantu, En.Collin yang setia bersama kami dan tahniah kepada Swee Lan sekeluarga (Tiger Chong dan Han/Turtle) kerana mengorbankan cuti perayaan Tahun Baru Cina mereka semata-mata untuk mengikuti ekspedisi kami ini (Lafuma G7 Summit Series 2010/2011).


Previous Home