May 9, 2010

Seperti dulu kembali..

Baru semalam ada semangat,

Tapi hari ini mudahnya tergugat.. kenapa? Adakah kerana aku tidak seperti dulu dimana kekuatan dan keazaman menjadi darah dagingku. Mudahnya berazam dan mudahnya untuk melepaskan lantas melupakan, inikah diriku ataupun aku masih belum menemui diriku yang sebenar?

Mudah terjebak,

Adakah susunan ayat ini sesuai digunakan untuk menggambarkan diri aku? 'Terjebak' disini dapat memberi banyak maksud. Namun, maksud yang sesuai digunakan pakai untuk diri aku kini adalah; mudah TERJEBAK dengan DESAKAN!

Adakah aku insan terdesak?

Ya! memang aku dalam keadaan terdesak sekarangg.. Banyak perkara perlu ditimbang. Hidup tidak mudah seperti yang disangka. Hidup juga tidak lama.. masa berlalu tanpa disedari dan memang menyedari bahwa banyak perkara lagi perlu dicapai sebelum semuanya agak terlewat.

Previous Home