Mar 15, 2010

Santai Lubuk Kawah

Lubuk Kawah

Trip ini merupakan cadangan daripada seorang rakan yang pada asalnya diadakan untuk ahli-ahli kelab rekreasi beliau. Namun pada akhirnya hampir kesemua peserta yang menyertai trip ini adalah terdiri daripada rakan-rakan lama daripada Kelab ADREX semasa aku belajar di KLIUC. Trip santai pada kali ini diuruskan oleh Mus, Jepp dan aku sendiri. Ingat-ingat kembali dah lama aku tak jejakkan kaki ke lubuk nie.

Tanggal 12hb Mac 2010, ramai peserta yang tarik diri. Kalau tak silap hari sebelumnya dah confirm ada 20 orang. Apa nak buat kalau masing-masing ada urusan lain yang lebih penting. Silap aku juga tak ambil wang deposit awal-awal, ration dah beli untuk 20 orang, alih-alih yang betul-betul pergi hanya 10 orang sahaja (tidak termasuk organizer). Selesai segala urusan aku pulang ke Seremban bersama abang aku. Mus gerak ke Tanjung Malim bersama Azrain dan Jepp malam tersebut juga. Tiba di Seremban, adik aku pun ada sekali, daripada dia lepak rumah baik aku bawa sekali ke Lubuk Kawah. Biar dia terjebak dengan aktiviti-aktiviti sihat macam nie..

Sabtu 13hb Mac 2010, Gerak dari Seremban naik Ford Ranger pada jam 6.30am. Singgah di Bandar Baru Bangi amik barang Mus, kemudian ke UPM amik haversack daripada adik aku Idham. Semalam dah berjanji dengan Bob mau gerak sama-sama, jadi destinasi kami seterusnya adalah "Rumah Bob" di Taman Sri Gombak. Hajatnya sampai disana boleh terus ambil Bob dan Kak Bi. Bob merupakan sahabat semasa belajar di KLIUC dahulu manakala Kak Bi merupakan seorang wanita yang baru ku kenali yang membuat panggilan telefon menyatakan hajatnya untuk menyertai trip ini! Salute you Kak Bi! Berani..

Tiba di Tanjung Malim lebih kurang jam 11.30am, lepak tempat makan berhadapan Balai Polis Tg. Malim. Disini berjumpa dengan Mus, Jepp, Azrain, Ibnu dan 3 orang rakannya dan yang paling mengejutkan.. Adam Sabah turut sama dan membawa buah hatinya Nani ke trip Lubuk Kawah ini. Alhamdulillah.. meriah berjumpa rakan-rakan ADREX. Konvoi sebanyak 4 buah kereta terus bergerak menuju ke simpang masuk Teratak Riverview.

Setelah tiba di Teratak Riverview, kami manukar plan pula untuk masuk melalui trek 4x4. Mangsa keadaan adalah Toyota Hilux 'Mafia' kepunyaan Ibnu dan Ford Ranger 'Tayar Botak' kepunyaan bapak aku yang dipandu oleh abang aku. Hehe. Kali ini Mus main giler.. memang main giler.. nasib baik la abang aku tuh hati kering, layan gak trek 4x4 dengan tayar botak. Alhamdulillah tak jadi apa-apa disepanjang perjalanan, cuma ada sesat-sesat sikit tuh biasalah kan?

Akhirnya 4x4 menemui jalan kebuntuannya.. disebabkan dek tayar butak maka anak air sebesar longkang pun tak boley lepas. Maka perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki lah.. dan 1 jam perjalanan telah menemukan kami kembali dengan Lubuk Kawah! Tapak perkhemahan masih seperti dahulu, macam taman botani. Ketibaan kami disambut dengan hujan. Bersyukur juga hujan turun setelah kami tiba di campsite.

Kolam masih ada 3, hehehe.. cuma kedalaman kolam pertama agak mengecewakan. Kolam menjadi sedikit cetek berbanding dahulu, mungkin disebabkan pasir sungai yang turun ketika hujan lebat. Malam tersebut kami layan BBQ. Segala perancangan tidak berjalan dengan baik, mungkin disebabkan trip ini telah bertukar menjadi trip kawan-kawan (korang memang cilake..huhuhu) dan secara tidak langsungnya menghuru-harakan keadaan.

14hb Mac 2010, kami bertolak keluar pada tengahari. Al-maklumlah hari terakhir, masing-masing mula menunjukkan kesungguhan.. terjun sana terjun sini bagi mendapatkan kepuasan maksima sebelum pulang ke kota. Tiba di pekan Tg. Malim lebih kurang jam 5 petang, singgah di Restoran Pau (aku tak ingat nama restoren tuh). Nak kata sedap tuh lebih kurang sama je macam Pau Ahmad. Disini kami berkumpul buat kali terakhir sebelum bersurai ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada Ibnu Rasyid kerana sudi belanja kami.. (bow).

Maka, dengan ini saya menutup tirai coretan ke Lubuk Kawah pada kali ini, kerana, memang tak da apa nak cerita lagi dah.. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menghadiri trip ini. Tanpa kamu, tiada ceria.. Sekian sahaja daripada nkamri, wassalam.

Line-up: Am, Mustakim, Jepp, Azrain, Kak Bee, Nik Mayat, Aiman, Ibnu Rasyeed, Par, Arman, Bob, Bobmini, Adam Sabah dan Nani (Awek Adam)


Previous Home