Jun 26, 2009

Dunia Fana Sementara

Hari ini dalam sejarah,
Aku keluar sarapan dengan bapak aku,
Janggal rasanya dan tiba-tiba..
"Am minat bela kambing?", katanya.

Soalan sebegini bagiku agak bahaya..
"Minat tapi..*&*^&&%^%$", kataku
Jelas sekali aku banyak ber-tapi dengan beliau.
"Bela 2 ekor dulu! Jangan terus nak buat..*&*^&&%^%$"

Inilah aku dengan bapak,
Kami tidak sependapat,
Mengikut aliran yang berlainan,
Namun aku tetap menghormatinya.

Perbualan singkat hari ini banyak membuatkan aku berfikir,
Pertama kali aku dapat menerima bebelannya,
Dan akhirnya aku nampak kelemahan diri,
Aku bukanlah orang yang terpelajar rupa-rupanya..

Meskipun aku belajar tinggi dalam usia muda,
Masih tidak dapat menandingi beliau,
Beliau nyata lebih jauh.. jauh.. dan semakin jauh,
Bagaimana kehidupan beliau dahulu?

Jarang sekali dapat rasa begini,
Terus terang aku masih tak berapa memahami beliau.

Pernah sekali aku merungut sendirian,
"Aduhh mana nak carik duit nie.."
Keluhan mencari modal untuk berniaga,
Bagiku wang adalah segalanya untuk berniaga.

"Buat apa mengeluh cari duit banyak-banyak?"
Beliau mengeluarkan falsafahnya dan mula 'membebel',
"Bukan semua orang macam ayah.."
Aku menjawap. Terdiam. Perbualan mati disini.

Bapak aku kini dan mungkin sampai bila-bila,
Banyak mengingatkan anak-anaknya,
"Kalau tahu hukum, kita wajib buat!", aku teringat kata-katanya,
Lihat kawan pentingnya agama dalam kehidupan seharian.

Banyak perkara diajar dalam agama ISLAM.
Jika kita kembali kepadanya.. percaya kepada-Nya!
Insyallah ditunjukkan jalan kejayaan.

'Sedekah' dalam Perniagaan salah satunya,
Merupakan salah satu kunci kejayaan,
Dunia dan Akhirat, Insyallah!
Dalam berniaga pesan bapak, "Amalkanlah sedekah!"
"Dapat 2 dalam 1, promosi yang ekonomi dan insyallah pahala dari Allah SWT.."

Astaga.. ISLAM banyak mengajar kita,
Jalan yang telah lama ditunjukkan kepada kita,
Cuma kita tidak menyedari dan menggunakannya,
Dengan sepenuhnya dalam kehidupan harian.

Terima kasih bapak,
Dalam diam kerana mendidik aku,
Minta maaf bapak,
Kerana masih menghampakanmu..

Previous Home