Mar 27, 2006

Pine Tree Hill & Twin Peak (Fraser Hill)

Ekspedisi Pine Tree Hill & Twin Peak bersama Al-Miqdat Anuar (Along)
Tarikh : 25 – 26 Mac 2006 (2D1N)
Ini merupakan salah satu sejarah perjalanan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Tanpa sebarang persediaan dan perancangan, aku dan Along tekad menyondol ke Pine Tree Hill di Bukit Fraser. Aku ada simpan log ABM ke Gunung Semangko, aku dapat kat website Gunung Online. Malangnya aku lupa bawa log tersebut. Ikuti senario penyondolan kami ke Pine Tree Hill:
Sabtu, 25 Mac 2006
1740    
Kami sampai ke Banglo Sri Intan. Berapa kali tawaf Bukit Fraser pun aku dah tak ingat sebab nak mencari sebuah banglo ni. Aku perasan ada papan tanda Pine Tree Trail (5KM) di sebelah kanan. Kami mula packing barang.
1800
Sekotak air soya kami habiskan sebelum memulakan perjalanan. Yang berisi dan terisi di dalam haversack aku hanyalah ration dan botol kosong sahaja. Aku jangka ada sumber air (WP), malas nak menyusahkan badan bawa air dari Starting Point (SP). Maka perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Along.

Sepanjang perjalanan ini kami jumpa astaka tumbang, Batu Sempadan (BS) PAHANG di sebelah kiri (kawasan seperti dusun) dan pondok-pondok beristirehat. Nak kata banyak pokok Pine kat sini tak jugak. Entah kenapa dinamakan Pine Tree Hill..
1830
Kami sampai di satu kawasan tinggi yang agak lapang. Ada pondok usang tanpa atap yang agak ol’school, mungkin tempat rehat pembersih sempadan kot?. BS 569.
1900
Jumpa dengan tunggul kayu yang di-cat warna biru pada hujungnya.
1930
Berhenti rehat menunggu waktu maghrib. Orang kata tak elok jalan waktu maghrib. Apa yang aku perasan ada 3 buah pondok rehat di sebelah kanan kami. Tengah lepak-lepak tiba-tiba hujan turun, jadi kami buat keputusan buat campsite kat sini. Sebab yang lain, kami tiada sebarang sumber air untuk dibuat masak atau minum. Tadah air hujan nampak gayanya. Hampir 3 liter air kami tadah.
2100
Lepas makan, minum kopi, pekena rokok 3 batang dan solat.. Masuk tidur.. Inilah waktu tidur yang paling nyenyak sepanjang aku camping. Serius shit! Boleh mimpi basah beb.. Dah lama aku tak tidur dalam khemah, selalunya bawah flysheet takpun dalam hammock.
Ahad, 26 Mac 2006
0645
Solat subuh dan makan sarapan. Minum kopi dan makan kueytiaw sup PAMA. Pedas tak ingat punya.. aku pikir boleh tercirit tengah trekking nanti.
0800
Start trekking ke Pine Tree Hill (PTH). Sepanjang trek banyak bunga dan lumut. Trek banyak menurun. Banyak cabang, aku banyak amik trek ke kanan sebab trek besar dan bersih macam orang selalu lalu.
0810
BS 505
0823
Jumpa papan tanda 1KM ke Pine Tree Hill. Bukan boleh percaya sangat dengan signboard nih.. buat bodoh sudahh layan jer trekking. Kami bikin Non-Stop Trekking macam semalam. Pedihnya.. kami tiada air trekking. Layan aje lah!
0827
BS 482. Trek mendaki.. cerun hampir 90° darjah. Nasib baik ada tali temali warna kuning diikat pada akar-akar kayu untuk membantu orang yang kurang upaya ini mendaki. J
0834
Selesai mendaki cerun 90° darjah, ada 2 simpang trek pulak. Satu menghala ke kiri dan satu lagi ke kanan. Aku nampak yang ke kiri macam menghala ke puncak. Jadi cuba recce, memang betul puncak tapi tak tahu puncak apa sebab tiada sebarang tanda kecuali batu sempadan (dgn saiz yg lebih besar). Mungkin batu penanda puncak kot?

Kami agak bingung seketika. Dengar kata ada group dalam 10 orang camping kat puncak PTH nie.. tapi takda pulak kesan-kesan orang camping. Kemudian kami buat keputusan untuk meneruskan perjalanan melalui trek kanan. Dalam fikiran mengatakan bahawa puncak tersebut mungkin bukan PTH. Puncak tipu kot?
0840
Ambil trek kanan. Jumpa dua trek lagi. Satu trek agak landai, lagi satu trek mendaki di sebelah kiri. Kedua-dua trek nampak jelas dan bersih. Pilihan pertama, trek mendaki.. (confirm 70% orang akan ambil trek ini sebab nampak macam logik..)

Entah kemana kami sesat.. ada batu sempadan (BS) tapi trek agak berserabut dengan pokok berlumut serta pokok duri. Walaupun ada kesan jejak, aku bilang ini mungkin trek mati sebab pokok-pokok duri yang bersimpang-siuh tak terusik pun. Pilihan terakhir, aku ngan Along patah balik kemudian pi recce trek kanan melalui balak melintang. Ada kesan takuk 3, tapi tanda lama. Aku buat keputusan hati kering meneruskan perjalanan ikut trek ini sebab ada beberapa kesan jejak kasut getah!!!
0930
Aku dengar macam ada suara orang.. Alhamdullilah akhirnya jumpa dengan group tersebut. Rupa-rupanya Abang Rasyid dari KARAT Adventure Team  yang bawa. Aku tanya apa nama puncak ini? Pine Tree Hill atau Twin Peak (TP).. dia kata TP. Perghh tak aku sangka nak trekking sampai TP. Hajatnya ke PTH sahaja, mungkin dah jodoh kot? Wallahualam.

View TP memang 360° darjah seperti yang tercatit di dalam log ABM. Kalau cuaca mendung berangin, memang full strength free air-cond jawapnya. Dari sini aku boleh nampak puncak Gunung Semangko dan Gunung Liang. Ada permatang beb.. next time.. next time.. tunggu masa jer nak rabak
1030
Turun dari TP menuju ke campsite. Nak menunggu diorang packing barang alamat balik lewatlah kitorang. Lagipun campsite kami jauh, nak packing lagi, makan lagi..
1058
BS 470
1105
Lopak di sebelah kanan. Along suruh aku amik air kat lopak.. air warna kuning siak.. air akar.. bau tak boleh tahan!! Apa kejadahnya semua ini? Buat bodoh aku turun dari tebing trek pergi cedok air sebanyak 1.5 liter. Beres.
1113
Sampai ke simpang menuju puncak PTH. Kedengaran suara orang kat atas puncak. Malas aku nak singgah. Kat bawah cerun 90° darjah ada 4-5 orang cina tengah lepak. Berborak kejap.. aku kata 5 minit je nak ke puncak, menyengat aku dia kata aku psyko!!
1137
Sampai campsite. Packing barang, lipat khemah dan flysheet sumbat dalam beg dan bancuh air kopi pakai air akar. Idea yang bagus!!? Janji boleh minum tanpa bau yang kurang menyenangkan. Hilang dahaga aku untuk seketika.
1215
Habis packing. Start trekking.. Baru beberapa langkah tiba-tiba aku dengar bunyi air kat sebelah kanan.. What tha fuck ada Water Point rupanya dekat campsite kitorang!! Sakit hati beb.. kenapa semalam tak dengar bunyi air? Pelik tapi benar
1221
Sampai ke papan tanda 3KM ke Pine Tree Hill. Papan tanda pun dah usang ditelan zaman. Kalau aku jaga trek nih memang aku tukar papan besi jer.
1231
Sampai ke tunggul kayu biru yang kami jumpa semalam.
1241
Jumpa papan tanda 4KM ke Pine Tree Hill. Dah 4KM aku trekking tanpa henti rupanya.. gila tapi aku suka!! Along aku tinggalkan kat belakang. Biasolah orang dah nak kahwin.. nak jaga lutut kut? Hehehe jangan marah yer Along?
1258
Sampai puncak lapang yang ada pondok usang. BS 569
1305
Sampai ke papan tanda 5KM ke Pine Tree Hill. Syukur dah nak sampai dah nie.. (padahal bak datang jauh lagi nak ke SP) Menurut firasat aku ada dalam 2KM lagi nak kene menapak sampai jumpa banglo.

Trek asik mendaki jer masa balik nih buat aku menyengat.. lutut aku dah nak abis minyak nih!! Tapi tak mengapa.. try to push more energy.. I neeeed moooreeeeee!!!! Arghhhh!!! Akhirnya aku diberikan tenaga dan meneruskan perjalanan yang panjang ini.
1335
At last sampai jugak aku ke SP. Reach Banglo Sri Intan. Rest kat kereta Along tunggu dia sampai. Bau taik anjing busuk tak ingat punyer.
1345
Along sampai.. Bersihkan diri kat Banglo TM dan siap-sedia untuk pulang.

Journey End

Our Non-Stop Trekking Duration

SP – WP about 1 hour 30 minutes (tempat kami bikin campsite)
WP – PTH about 30 minutes (menuju ke puncak PTH dari WP)
PTH – TP about 50 minutes (menuju ke puncak TP dari PTH)
Total duration from SP to TP = 2 hour 50 minutes / 3 hour
Log disediakan oleh Nik Khairul Amri bin Nik Hassan

Previous Home