Aug 18, 2005

Perlus Waterfall

Empangan

Trip ke waterfall yang pertama aku pada tahun ni. Itu pun decide last minute. Malam tuh bersamaan 19 Ogos 2005, kerana mengalami sindrom kebosanan, member aku adik namanya jumpa dengan seorang gadis kat UPM Serdang. Borak punyalah borak sampai masuk bab bosan sehingga menjadikan satu topik menjadi realiti dimana cadangan untuk ke Air Terjun Perlus telah diterima bulat-bulat tanpa soal bicara.

Tanpa persiapan untuk perkhemahan, aku kumpulkan barang-barang asas dan disumbatkan ke dalam beg sekolah celoreng aku. Kami melakukan 'rompakan' ration dari bilik ke bilik sebab masing-masing mengalami masalah kewangan. Jujur aku bawa RM10.00 sahaja dalam kocek. Hilang RM3.00 untuk duit minyak yang dikongsi beramai-ramai dan RM2.00 untuk duit rokok. Selebihnya buat beli makanan apabila balik nanti.

Jam 2.00 pagi, 5 remaja yang gila bertolak ke Pangsun, Hulu Langat. Disitulah juga titik tolak dimana impian aku untuk ke Air Terjun Perlus menjadi kenyataan. Kami memulakan perjalanan pada jam 10-11 pagi setelah sarapan Nasi Goreng Cina. Pernah tengok tak orang masuk hutan pakai seluar jeans ramai-ramai? Macam boria lah pulak.. Itulah kitorang bila kepala dah masuk air. Rentis di kawasan Hutan Buluh memang semak lagi menyemakkan. Buluh tumbang menutupi laluan, jadi kami perlu menebas, dah jadi macam orang gila. Memang sah GILA!!

Namun walaupun buat kerja gila, kami tetap berhati-hati dalam menyondol bagi mengelakkan tersesat/tersasar. Nanti malu pulak dengan kawan-kawan yang naik Gunung Nuang.. Heeheee. Kami tiba agak lewat juga dalam jam 4-5 petang. Mana tidaknya masing-masing asik melepak, kemudian pergi kait buah manggis, dan sambung pula amik upah menebas semak untuk membuka laluan. Nasib baik tidak terjadi perkara yang tidak diingini, sebab aku ngan adik dengan pakai selipar jepun gara-gara kasut getah masing-masing dah kene campak. Lantaklah..

Previous Home