May 7, 2006

Gunung Bunga Buah (1430m)

Arghh memikirkan soal trip kali ini.. macam-macam kerenah terpaksa aku lalui sepanjang ekspedisi. Bermula dari pergi sampai balik, macam-macam ada.. Tapi apa boleh buat, cuma boleh kata, "aiman tak kisah" sebab organizer kene bersikap professional dan menerima sebarang kelakuan client dengan hati yang terbuka. Berikut adalah sedikit sebanyak pengalaman pahit dan manis yang dapat aku ceritakan di ruangan maya ini kepada sahabat sekalian.
 
Sabtu 6 May 2006 - Bertolak dari Serdang agak lewat. Dalam pukul 11.30am berkumpul di Stesen Komuter Serdang. Tunggu semua participant dari area Serdang/Bangi untuk ke Stesen Bas Puduraya. Aku naik kereta bersama boHari, apa yang kelakarnya bagi diri aku yang selama 21 tahun hidup sebagai orang K Lumpur.. kitorang terperangkap dalam bandar KL selama 1 jam mencari susur keluar ke Kuantan. Lastly participant yang ikut bersama kitorang yang tunjukkan arah. Akhirnya kitorang berjaya keluar dan selamat sampai ke Gohtong Jaya. Parking kereta berdekatan dengan 7Eleven dan manapak naik ke kawasan rumah setinggan untuk ke Starting Point (jalan baru). Bila semua sudah berkumpul.. tepat sekali pandangan pertama aku!! Ada yang bawak beg pi sekolah, beg sandang kertas macam baru balik shopping, beg beroda? dan macam-macam jenis beg lagilah.

Nak buat macam-mana lagi kitorang dah bagi advise sebelum pergi tapi still macam ini. Sebab perkara remeh macam ni jugaklah yang membuatkan perjalanan dari Starting Point ke jalan berturap mengambil masa selama 1 jam. Haiyya wa sudah penin kepala woo.. actually budak-budak pun boleh buat paling lambat pun 20 minit sahaja. After that kitorang meneruskan perjalanan ke kiri menuju ke pintu rimba. Pergh serangan pacat punyalah banyak.. macam nak pergi berperang. Kamikaze pulak tuh!! Tara cakap banyak, melekat kat kulit terus geget. Sampai pintu rimba about 8.30pm. Aku dah agak mesti trekking malam punya. Tapi ada baiknya kepada first-timer sebab diorang tak terlampau penat dan tak nampak trek. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Inilah pengalaman pahit aku pada hari pertama. Gendong beg macam batu 5 jam atas bahu. Bahu aku terasa sakit selepas turunkan beg. Pergh macam kenangan V2 ajer.. Pewai gak sekejap!

 Ahad 7 May 2006 - Pagi aku dikejutkan oleh seseorang yang tidak aku kenali tapi paras rupa beliau bisa aku lihat tapi dimana ya? Mamat nih member kepada Alan. Erm quite peramah jugak orangnya dan dia pakai baju Belantara Outdoor. Datang bertiga dan diorang tido kat bawah beirut semalam. Biasolah, bila dah berada kat atas puncak gunung masing-masing mengeraskan tangan dan kaki. Nak masak meggi macam masak lemang lamanya. About 12 tengahari kitorang packing dan kepada peserte yang bergerak agak lembap kami lepaskan turun dahulu. After semua dah turun kecuali aku, boHari dan Along tinggal atas puncak. Kasi clear sampah sarap yang depa tinggalkan, 50% bakar dan 50% bawak turun. Tanpa disangka semasa proses pembakaran sampah.. seseorang yang aku kenali dalam forum KHK dan GO! sebagai Matsaiko sampai bersama geng-gengnya.

Bermulalah detik perkenalan kami setelah bersemuka. Hrm semua member yang dia bawak aku tak kenal kecuali Kak Ina sebab aku pernah pergi Gunung Rajah dengan dia. Borak punya borak pastuh kitorang decide untuk turun. Ramai juga orang naik gunung ni hari ni. Ada lebih kurang 25 orang gak yang naik. Aku rasa dari Hash House Harrier (H3) sebab ada kertas penanda diorang tinggalkan disepanjang trek. Dari puncak batu ke puncak seterusnya akhirnya kami sampai ke pintu rimba dan meruskan perjalanan selama 1 jam. Trek turun ke Starting Point macam kene bajak. Licin giler dah jadi gelungsur. Selepas semua participant sampai, masing-masing bertolak naik bas pada pukul 8.00pm. Our journey end here..

Apa yang aku hangin sikit, driver bas boleh tinggalkan seorang participant kitorang walaupun kitorang dah konker 50% seat. Suruh dia berhenti tepi jalan so aku ngan bohari boleh kejar dan hantar minah sorang nih naik bas pi Puduraya so tak payah kitorang pening cemana nak pi Puduraya nanti. But the driver very strict la.. suruh amik bas pukul 8.30pm pulak. Apa-apa ajalah.. then minah ni kami hantar sampai stesen LRT coz dia nak cepat kejar ketapi pi Melaka. Alan and machik kami turunkan kat Stesen Bandar Tasik Selatan. Diorang nak pi Puduraya kot? Entahlah!! After that bohari hantar aku pulang ke Bandar Baru Bangi.. Thanks to all yang support this expedition. Hope next time we can do better than this. Make a proper arrangement, better ration and better communication with client.

Previous Home