Jul 12, 2005

Penangan Gunung Rajah



Pada 15 hingga 17 Julai 2005, aku akan pergi ke Johol, Negeri Sembilan untuk uruskan satu kem suai-kenal dengan ahli baru Kelab ADREX. Aku dapat rasakan kem tersebut dapat berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah dari pihak luar. Aku telah meletakkan sepenuh harapan yang tinggi kepada barisan AJK baru. Semoga mereka berjaya menguruskan kem pendedahan pertama mereka ini tanpa mengharapkan bantuan daripada senior.

Badan aku masih terasa sakit dan letih, baru balik dari mendaki Gunung Rajah di Bentong, Pahang. Boleh tahan jugalah penangan gunung tersebut. Apa yang aku dapat beri pandangan disini mengenai trip tersebut ialah TERBAIK. Kami melalui trek balak yang agak panjang, lebih kurang 1 jam untuk ke pintu rimba. Ada melalui kawasan semak yang dilitupi dengan pohon resam. Orkid-orkid liar juga mudah dijumpai disepanjang denai Hutan Dipterokarp Sekunder Pamah ini. Denai yang kami lalui juga masih tidak dicemari sampah. Seramai 18 orang kenalan telah menyertai ekspedisi tersebut. Antaranya termasuklah Mak Su dan Kak Ina, member Adik! Harap dapat berjumpa mereka lagi pada masa akan datang..

Previous Home