Jun 14, 2005

Star One Kayak (Done)

Kayak Star One

Pada 11 - 12 Jun 2005 yang lepas, Kelab ADREX telah menyertai Kursus Anugerah Bintang Satu Kayak atau nama lainnya Star One Kayak bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kursus ini disertai seramai 13 orang peserta yang rata-ratanya dari ahli kelab sendiri dan dengan sukarelanya menyertai disebabkan minat dan bukannya paksaan dari sebarang pihak yang tidak bertanggungjawab. Kursus ini melibatkan pembelajaran teori mengenai kayak dari hujung rambut hingga ke celah ketiak, perbezaan antara kayak dan kenu, langkah-langkah keselamatan, cara pemakaian yang betul dan alatan-alatan yang perlu ada dalam menjalankan aktiviti kayak di Malaysia. Kami juga diberi pendedahan mengenai teknik-teknik asas dalam mengendalikan kayak. Setiap peserta diberikan sebuah kayak, paddle dan bouyancy aid. Selain itu kami berpeluang menimba pengalaman mengendalikan kayak Dancer. Kayak ini agak susah untuk dikawal, dengar namanya pun dah boleh menggambarkan bagaimana keadaan yang akan anda tempuhi apabila mengendalikannya. Setelah menerima input dari pembelajaran teori dan amali berkayak, kami menjalani ujian pula untuk mendapat pengiktirafan 'Bintang 1'. Nasib baik abang yang mengendalikan ujian tersebut baik hati dan peraturan yang dikenakan tidak ketat sangat. Oleh itu, saya berharap kesemua peserta yang mengambil ujian 'Bintang 1' ini berjaya dengan cemerlang dan tiada yang gagal.

Previous Home