Mar 12, 2011

Gunung Datok bersama UiTM JB


12hb March 2011 - Program pendakian pada kali ini adalah bersama pelajar-pelajar dan staf Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Johor Bahru. Seramai 28 orang pelajar dan 10 orang staf terlibat dalam menjayakan program pendakian satu hari ini. Seperti yang anda maklum, Gunung Datok yang berketinggian 884m a.p.l ini terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana anda boleh melihat dengan jelas Selat Melaka ketika berada di puncak tertingginya yang terdiri daripada susunan bongkahan batu.

Selain daripada itu, kehebatan cerita-cerita lagenda yang berkaitan dengan gunung ini juga dapat membangkitkan keterujaan seseorang untuk meneruskan perjalanan sehingga ke puncak gunung.



Previous Home