Mar 20, 2011

Banjaran Gunung di Malaysia

Memandangkan ada yang bertanya, "Adakah semua gunung-gunung tertinggi di Semenanjung ini (G7) terletak di atas Banjaran Titiwangsa?", maka dengan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang saya tahu kepada rakan-rakan pendaki diluar sana. Perbetulkan saya jika ada maklumat yang diberikan tersimpang daripada laluan asal yang saudara/saudari percayai atau ketahui. Berikut merupakan peta yang menunjukkan beberapa banjaran penting yang ada di Malaysia.



Mengikut lakaran peta seperti di atas, gunung yang terletak diatas Banjaran Titiwangsa ialah Gunung Chamah dan Gunung Korbu yang merupakan kemuncak yang tertinggi di banjaran ini. Gunung Ledang (Ophir) yang terletak di sempadan negeri Melaka dan Johor pula merupakan penanda akhir banjaran yang menjadi tulang belakang Malaysia ini.


Manakala Gunung Tahan pula berada diatas banjarannya yang tersendiri iaitu Banjaran Tahan. Diatas sebab ini jugalah, Gunung Tahan tidak disenaraikan di dalam mana-mana ekspedisi merentas banjaran yang lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa oleh golongan pendaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa ini, saudara/saudari boleh klik kepada pautan disebelah ini yang akan memberikan maklumat terperinci mengenai ekspedisi tersebut -> Wikipedia Bahasa Melayu.

SOAL JAWAP BIASA



Apakah keistimewaan kawasan tanah tinggi di Malaysia?
Jika ada yang bertanya soalan sebegini, jawapannya mudah sahaja. Ini adalah kerana negara kita terletak di luar daripada kawasan Lingkaran Api Pasifik dan Laluan Angin Taufan. Selain itu kedudukan negara kita juga amat strategik kerana dilindungi/dikepung oleh Kepulauan Borneo, Jawa, Sumatera dan Filipina.

Apa itu Lingkaran Api Pasifik?
Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan yang mengelilingi Lautan Pasifik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Antara negara yang berada dalam lingkaran ini ialah Indonesia, Filipina, Jepun, Taiwan, Kepulauan Papua, Korea, Amerika Utara dan Selatan serta Peru.

Previous Home