Jun 17, 2009

Tahun 2009 Cabaran dan Dugaan

Semenjak aku berhenti kerja ni, ada beberapa perkara terjadi kepadaku.

Pertama, aku rasa bebas sangat nak buat apa yang aku suka. Masuk hari ini dah 3 bulan aku tiada kerja tetap. Dengan kata lain menganggur lah brother.. Namun, aku boleh survive! Buat apa? Macam-macam aku buat? Tapi sampai bila.. ikuti perkembangan semasa hidup aku untuk tahun 2009 ini.

Kedua, banyak peluang datang.. terutamanya dalam bidang outdoor. Namun aku dah mula rasa bosan kerja dalam bidang ini. Mengapa? Hampir 3 tahun bergelumang dalam dunia ini.. mana tak bosannyer.. Bila peluang macam ini datang, aku buat tak endah jer. Adakah aku menolak rezeki? Masih belum diketahui lagi.

Ketiga, aku rasa aku dah tak boleh kembali ke 'dunia' aku yg sebenarnya iaitu dunia IT. Dunia teknologi kerana aku dah jauh ketinggalan. Bukan tiada jalan pulang, tapi memerlukan usaha yang agak keras. Semenjak kerja di Lumut, aku jadi macam rilex.. tak suka semakkan kepala.

Apa nak jadi dengan NKAMRI? Wallahualam..

Previous Home