May 15, 2009

Trans Titiwangsa V1 (via Senooi)

Ekspedisi: Merentas Banjaran Titiwangsa (Korbu,Gayong,Yong Belar)
Tarikh: Jumaat (8hb May 2009) hingga Khamis (14hb May 2009)

Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada yang masih belajar, sudah bekerja serta yang masih menganggur. Rata-rata pendaki/peserta adalah dari Kuala Lumpur. Kami bergerak dari Kuala Lumpur menaiki bas Plusliner (RM25+/sehala) menuju ke Medan Gopeng yang terletak di Ipoh, Perak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tiba di Medan Gopeng, alas perut dahulu sementara menunggu ketibaan 4WD Mael. Jam 3 pagi, Mael sampai membawa sebuah Hilux dan Pajero, dan menghantar kami terus ke Starting Point di Sg. Senooi.

Hari-0 : KL - Medan Gopeng - Sg. Senooi

Cerita Hari Pertama (Cubaan)
08.30am : Lintas sungai di sebelah kiri. Ikut trek balak kelapa sawit, mendaki sedikit.

08.55am : Tiba di kawasan buluh, dengar bunyi air disebelah kanan-bawah.

09.00am : Lintas sungai kali ke-2 (sungai yang sama), jalan kehadapan sedikit dan ambil simpang kiri, trek mendaki. Ambil simpang kanan (seperti yang digambarkan), trek terus menurun ke sungai. Lintas sungai kali ke-3 dan terus masuk ke trek di hadapan.

09.20am : Trek berat ke kiri dan melalui kawasan kebun getah lama. Jumpa satu kawasan yang agak luas namun dipenuhi lalang. Lintas anak air yang menghala ke sungai di sebelah kanan.
STOP!!! F**K!! Kami kembali ke trek mula (Starting Point). Ambil keputusan patah balik ke sungai yang ke-3, lintas kembali, nampak marking oren dililit dipokok, naik kembali dan ambil trek kanan. Jumpa kesan tapak kasut. Trek clear.
10.45am : Masih menunggu ketibaan orang belakang.

11.30am : Melalui kawasan buluh, nampak sungai jauh ke bawah. Meneruskan perjalanan.

11.44am : Trek turun ke kanan menuju terus ke sungai. Lepak buang pacat. Lintas sungai tersebut dan trek dihadapan mendaki sedikit. Kehadapan lebih kurang 10 meter, bertemu dengan papan tanda Jabatan Hutan (kanan).

12.05pm : Meneruskan perjalanan, trek mencanak - pangok - long distance.
12.28pm : Sampai tempak lepak. Hilangkan penat. Take '5'. Kemudian teruskan perjalanan, melalui kawasan buluh, perlu merangkak sedikit. Trek masih pangok!!

01.26pm : Tiba di satu kawasan yang seakan campsite. Banyak sampah. Ada kotak First-Aid lagi.. Entah makhluk mana yang tiada kesedaran dalam menjaga kebersihan hutan.. Grrr..

03.30pm : Punca air disebelah kiri mengalir atas trek. Sebelum itu ada jumpa mata air yang keluar dari dalam balak pecah bawah tanah. Rehat. Makan Lunch (maggi).

05.05pm : Gerak! Ya Tuhan panjangnya perjalanan hari ini..

06.30pm : Lintas anak sungai berbatu.

06.58pm : Trek turun ke kanan pakai tali (tali provided). Depan ada tanah runtuh..

07.10pm : Sampai anak sungai (mini waterfall sebelah kiri). Tunggu sampai Maghrib.

07.30pm : Jalan ke depan sket. Bukak campsite baru..

* Hari ini masing-masing dah penat. Switch Off...

Cerita Hari Kedua (dari Campsite XX menuju ke puncak KORBU)
08.40am : Gerak menuju ke destinasi berikutnya, puncak Gunung Korbu!

08.55am : Lintas sungai berbatu, masuk trek buluh tumbang. Masing-masing merangkak macam binatang..

09.25am : Tiba di sungai yang agak besar dan BERBATU!! Mungkin inilah sungai yang digambarkan oleh Idan. Lintas sungai dan naik ke atas sedikit, jumpa campsite. Mungkin inilah Kem Singapore.

09.40am : Bertolak dari Kem Singapore menuju ke destinasi berikutnya.

09.50am : LWP sebelum menuju ke Kem View. Trekking 5 minit ke depan, trek pacak sikit, sikit jer.. Sampai ke Kem View pada 09.56am.

* Kem View merupakan campsite yang sepatutnya kami tiba semalam. Ciri-ciri Kem View; tempat luas dan lapang, ada view pekan/bandar, ada phone coverage (fullbar).

10.30am : Menuju ke
LWP KORBU Trek memang pangokk..

10.55am : Trek menurun dan lintas anak air.
11.05am : Tempat seakan tanah runtuh. Ala-ala waterfall ada gak, tapi air mengalir slow, tenang dan senang. (Dua kali pandang macam point kepala air turun jer..). Jalan kehadapan sikit terdengar bunyi air yang kuat. Nampak air terjun. Teruskan mendaki dilereng bukit menuju ke atas.

11.30am : Tiba di LWP KORBU siap ada plate dari SOS. Tempat cantik. Ada bathtub lagi.. Lepak makan tengahari dan bersihkan diri bagi yang tak mandi pagi.

01.00pm : Gerak dari LWP, trekking naik dalam 3 minit, jumpa Kem Permatang. (Kem ini kecil dan sesuai untuk group kecil dalam 5-7 orang)

02.20pm : Masih meneruskan pendakian, memang menyengat la trek nie.. pangok tak ingat!

04.00pm : Tiba di puncak Bongsai Tonggek. Ada tali hijau dipasang untuk naik ke puncak ini.

* Dari Bongsai Tonggek memang belambak puncak R&R untuk melepaskan lelah, perasaan untuk ke puncak Korbu masa ini memang.. perghhh.. macam jauh lagi rasanya.

07.15pm : Tiba di Anak Korbu, melepak tunggu orang belakang. Tepat jam 8.00pm gerak!!

08.30pm : Tiba di puncak KORBU.




Cerita Hari Ketiga (dari KORBU menuju ke Kem H2O)
09.00am : Bertolak dari puncak. Turun melalui trek yang bertentangan dengan trek masuk semalam. (Trek disebelah kanan menuju ke Seroja). Naik turun 2-3 bukit.

11.00am : Sampai simpang ke puncak Junction. Trek terus menuju ke puncak Gunung Gayong manakala trek ke kiri menuju ke Kem Cerek dan puncak Junction. (di tengah-tengah simpang ada plate besi PROTON diletakkan di pangkal sepohon bonsai halfdead)

11.03pm : Sampai puncak GAYONG. (freebody ke puncak, beg tinggal kat simpang)

12.30pm : Gerak dari simpang. Turun menuju ke Kem Cerek.

01.00pm : Tiba di Kem Cerek. Trek turun ambil air makan masa 10 minit. Jauhh seyy.. Makan tengahari disini.

02.00pm : Naik 2 bukit, lalu lereng tanah runtuh.

03.30pm : Trek pangok, mendaki dan berpaut pada akar-akar pokok.

04.10pm : Tiba di puncak JUNCTION. Tunggu orang belakang. Naikkan flysheet, mana tau tetiba hujan turun..

05.00pm : Orang terakhir sampai, 2 orang cedera. (Abg.Chik & Wan; masalah lutut)

05.30pm : Bergerak turun menuju Kem H2O. Perjalanan awal menuruni kawasan permatang. Diikuti laluan hutan semak. Trek berlecak dan hancurrr..

08.00pm : Sampai di lintasan sungai ke-2. Tunggu orang belakang.

09.30pm : Melihat satu persatu pendaki turun. Trek dikala malam di kawasan ini agak mengelirukan. Almaklumlah kawasan lembah..

10.30pm : Tiba di Kem H2O. Bersihkan diri, mandi, masak, tidur.


Cerita Hari Keempat (dari Kem H2O menuju Yong Belar dan turun ke Kem Kasut)

10.30am : Menuju ke puncak Yong Belar. Trek mencanak tak ingat. Awal-awal pagi dah warm-up. Sampai puncak H2O.

01.00pm : Tiba di puncak tipu, mungkin anak Yong Belar. Perghh jauh lagi nak ke Kem Kuali (LWP untuk air trekking).

03.30pm : Sampai di Kem Kuali. Disini merupakan LWP untuk ke Yong Belar.

05.15pm : Semua selamat sampai. Mula bergerak naik menuju terus ke puncak Yong Belar.

05.40pm : Tiba di puncak YONG BELAR. Bergambar.

* Sebelum tiba di puncak Yong Belar akan ada simpang ke kiri dan ke kanan. Simpang kiri menuju turun ke Kem Kasut manakala simpang kanan ke puncak Yong Belar.

06.30pm : Patah balik dan ambil trek ke Kem Kasut.

07.30pm : Tiba di Kem Kasut. (Selonggok sampah ditengah-tengah kem). Bermalam.

Cerita Hari Kelima (dari Kem Kasut menuju Pintu Rimba dan ...)

08.30am : Bertolak awal pagi. Destinasi pertama menuju ke Kem Tudung Periuk.

10.30am : Naik turun lebih kurang 2-3 bukit. Sampai Kem Tudung Periuk. Sebelum sampai ke kem ini kene lintas anak sungai kecil (WP) yang memisahkan 2 bukit. Lepak disini tunggu lastman.

11.30am : Bertolak dari Kem Tudung Periuk. Layan 7 puncak bukit sebelum keluar ke Pintu Rimba.

01.10pm : Sampai Pintu Rimba. Dari Pintu Rimba turun ke bawah (jaga-jaga trek licin) menuju ke Cabin. Lepak dalam Cabin sementara menunggu yang lain tiba.

02.00pm : Meneruskan perjalanan. Ambil trek terus ke sungai. Lintas sungai dan ambil trek menghala ke kiri. Ikut laluan paip air. Ada beberapa simpang, ikut tanda yang ditinggalkan pendaki. Jumpa Batu Sempadan PAH-KEL (Pahang/Kelantan). Layan 2++ tangga batu turun terus ke empangan.

03.00pm : Semua selamat tiba di DAM/EMPANGAN. Bersihkan diri. Makan dll.

06.50pm : Kumar (4WD) tiba. Pickup kami ke pekan BRINCHANG.

* Kami tiba di pekan BRINCHANG agak lewat kerana ada beberapa masalah teknikal. Selepas sampai pekan, lapor diri di balai polis dan sewa asrama tumpangan di sana (dalam balai). Asrama boleh memuatkan seramai 42 orang. Lepak semalaman.


Cerita Hari Keenam (Brinchang - Tanah Rata - Kuala Lumpur)

07.00am : Awal-awal pagi bangun pi makan pagi kat medan selera.

11.00am : Jalan-jalan ke Big Red Strawberry Farm.

03.00pm : Balik asrama. Kemas barang. Check-Out!

04.00pm : Ambil bas tambang ke Tanah Rata (RM1.30). Menuju terus ke stesen bas Tanah Rata.

04.15pm : Tiba di TANAH RATA.(Tiba lewat, kalau tidak boleh jalan2 dalam kawasan MARDI)

04.30pm : Bertolak ke Kuala Lumpur. (Tambang bas lebih kurang RM18.00)

..................................................................................................................................

Maklumat Berguna
4WD Mael (Medan Gopeng ke Sg. Senooi) - 0134750552
4WD Kumar (Cameron Highland) - 0194053660 / 0195447305 (Kanda)
Bas pulang ke K Lumpur - KURNIA BESTARI SDN BHD - 05-4912978
Big Red Strawberry Farm (FREE ENTRY) - 05-4913327
Asrama Balai Polis Brinchang - 0125380257 (Pn.Rahiza), 0195658407
..................................................................................................................................
Galeri gambar : http://nkamri.multiply.com/photos/album/44/Trans_Titiwangsa_Sg._Senooi
Sekian. Terima Kasih
Nota : Perhatian, log perjalanan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan perjalanan yang tepat dan lengkap. Log ini dibuat berdasarkan perjalanan, kekuatan, semangat, dan perancangan kumpulan pada masa tersebut sahaja.

Line-up: Along Miqdad (Organizer), Am (Pathfinder), Afiq (UKM), Shahir (UKM), Emma (KPTM), Azza (UPM), Akma (UPM), Tika (UPM), Abang Chik (DHL), Jay (DHL), Wan (DHL), dan Eddy (anak buah Abang Chik)

Previous Home