Dec 12, 2004

Recce Gua Batu Maloi

Alhamdulillah aku selamat sampai dan pulang setelah camping semalaman di Gua Batu Maloi. Aku dan geng recce tiba di campsite GBM lebih kurang jam 5.00pm bersamaan hari Sabtu. Aku dah agak sampai-sampai je memang dah ada orang camping sebab tempat tuh memang famous. After that aku pi jumpa Encik Joe, peneroka merangkap jurupandu GBM. Pakcik nih memang sempoi dan kepala boleh layan.

Setelah korek-korek lubang pasal bayaran yang akan dikenakan untuk sebarang aktiviti perkhemahan dan caving, aku dapat tahu yang kos untuk menjalankan aktiviti kat sini berpatutan pada sesetengah perkara sahaja. Upah untuk seorang jurupandu $30, manakala sewa tapak dan elektrik $70, bilik air $0.50 seorang dan pengunaan tali air $30.

Persoalan yang bermain dalam kepala aku sekarang adalah kenapa mesti bayar untuk mandi atau buat aktiviti kat tali air sedangkan orang kampung sana bebas nak mandi-manda tanpa dikenakan bayaran! Konfius..

Walau apa pun projek recceantara bakal-bakal AJK baru ADREX nih berjaya dan memang best. Wacayasamalu.. (perghh bakal-bakal tuh yang sakit mata je pandang) dan aku telah diberi peluang untuk masuk tengok-tengok camner rupa gua tersebut. Bayaran untuk kitorang Encik Joe bagi special sket sebab situasi kitorang yang tak mengizinkan.. trima kasih kerana memahami kami !!

Line-up:
Aku, Daus, Nik, Nasa, Jeff, Botak, Mimi, Zira, Dayah dan Nom

Previous Home