Dec 31, 2004

ADREX oh ADREX

Bagaimana aku boleh terjebak dengan semua kerja gila yang aku lakukan semenjak aku menjejakkan kaki di institut pengajian tinggi swasta? Semuanya bermula dengan penglibatan aku dalam sebuah kelab rekreasi iaitu "ADREX". Kelab ini mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kembara, ekstrim dan hardcore. Program-program santai ke pantai, pulau-pulau memang susahlah nak jumpa. Mungkin iainya telah menjadi tradisi akibat daripada minat para senior dan para alumni kelab yang lebih cenderung kepada aktiviti kegunungan. Dengar cerita daripada tertubohnya kelab ini lagi ahli-ahlinya memang lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti mendaki gunung.

Previous Home