Apr 9, 2011

Terbaik Dari Gunung Kinabalu


Sekali lagi aku menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu dalam hidupku ini. Ekspedisi pada kali ini disertai oleh 8 orang pendaki lain iaitu Dr.Mahmood, Dr.Hafidz, En.Rosley, En.Wan, En.Syad, En.Cddin, Pn.Chimm, dan En.Hari. Wah! Tidak ku sangka akan kembali ke Sabah satu minggu kemudiannya. Dan, pendakian aku pada kali ini juga agak bersedia terutamanya dari segi perancangan peralatan yang perlu dibawa. Nekad aku katakan, "Aku nak bawa beg paling kecil dalam sejarah hidupku untuk kembara 4 hari 3 malam di Sabah ini..".

Maka yang menjadi mangsa adalah beg Lafuma Unlimit Series 25L kesayanganku. Penuh dan Padat! Berat keseluruhan barang yang ku bawa ialah 5.5kg sahaja. Sedang cuba dan berusaha untuk belajar bawa barang seminimum yang mungkin. Alhamdulillah semua yang diperlukan dapat disumbatkan dalam beg kecil ini dan aku boleh bawa beg ini masuk cabin. Secara tidak langsung memudahkan perjalanan aku semasa tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu nanti. Risiko beg rosak atau beg hilang juga dapat dielakkan.

Syukur kepada Illahi, perjalanan kami dirahmati dan dilindungi. Kami diberikan nikmat mendaki Gunung Kinabalu dalam keadaan cuaca yang memuaskan dan dapat melihat pemandangan terbaik nun jauh diatas awan. Berkat doa yang tidak putus, keazaman, kesabaran dan semangat yang membara menjadikan perjalanan ini mudah dan berjaya. Semua peserta berjaya menjejakkan kaki masing-masing diatas puncak tertinggi di Malaysia ini, puncak Gunung Kinabalu.

Terima kasih diucapkan kepada barisan peserta kerana memberi kerjasama untuk menjayakan ekspedisi ini. Diharap kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. Sekian sahaja daripada saya, Nik Khairul Amri b Nik Hassan.



Previous Home