Mar 30, 2011

Pusing Sabah Bah!


24-29 March 2011 - Jalan jalan pusing Sabah Bah! Pusing tak pusing sangatlah.. Budget Trip pertama aku tahun ini. Bersama-sama aku ialah Suharizan, Eiji, Iswanni, Marian, Hidayah, Aivee, Kak Robi, Lily, dan Mus yang hadir menyertai kumpulan kami untuk pendakian ke Gunung Kinabalu. Malam pertama aku habiskan di Summer Lodge Backpackers, Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Buat kali ke-2 aku kembali ke 'rumah' persinggahan ini. Namun, sumandak-sumandak yang lama sudah tidak kelihatan.

Malam seterusnya kami merantau ke Ranau, menggunakan khidmat sewaan van yang diperolehi daripada Eiji membawa kami terus ke Kiram's Village yang terletak berhampiran dengan Mesilau Nature Resort. Pemilik chalet-chalet yang terdiri daripada nama sayur-sayuran ini berasal daripada Semenanjung dan merupakan Alumni STAR @ STAROBA. Disebabkan hujan yang turun tanpa mengenal erti 'henti' membataskan pergerakan kami untuk menjelajah sekitar kawasan ini.

Pagi 26hb March 2011, kami berkemas, Check-Out dan meneruskan perjalanan ke Mesilau Resort menaiki pacuan 4-roda milik En.Jamalul daripada Kiram's Village. Sekali lagi cuaca pada pagi Sabtu ini tidak secantik yang disangkakan. Hujan renyai tidak henti menyimbah bumi ini sehingga tengahari. Cubaan, dugaan kepada pendaki-pendaki baru untuk menghadapi ujian alam ini.

Meskipun ada yang mengalami kesulitan dari segi kesihatan disepanjang perjalanan, Alhamdulillah, akhirnya semua peserta selamat sampai ke Laban Rata. Tiada sebarang kecederaan fizikal, hanya mental sahaja yang terganggu kepada mereka-mereka yang 'terjebak' dengan kancah kesejukan di ketinggian 3000m.


Previous Home