8 March 2011 - Merupakan hari yang paling meletihkan buat masa ini. Aku keluar rumah seawal jam 3 pagi, menunggu ketibaan Rozilawati Sulaiman menjemput aku untuk mendaki Bukit Broga. Dengan tujuan dan harapan beliau untuk mendapatkan gambar matahari terbit sebagai pelengkap tugasan pengajiannya di KLMU.
Jam 4 pagi, akhirnya beliau selamat tiba di Sri Damansara dan membawa aku sebagai Jurupandu Arah. Hajat beliau untuk kesana (Bukit Broga) sebenarnya sudah agak lama terpendam dek kerana tidak mengetahui dimana tempat permulaan pendakian. Memandangkan aku sudah berjanji untuk membawa beliau kesana.. maka "kite layankan ajer..."
Setibanya kami ke kaki Bukit Broga, keadaan cuaca pula tidak mengizinkan. Hujan turun renyai-renyai. Namun melihatkan kesungguhan dan keterujaan barisan jurugambar muda yang bersama kami, Ku gagahkan jua kaki ini!
Perjalanan pada kali ini amat mendukacitakan bagi 'mereka'. Ini kerana keadaan cuaca yang masih tidak mengizinkan, daripada langit mendung kelabu, berawan terus ke hujan. Kata orang, "Bukan rezeki.. Suruh datang lagi lah tu"
Sejurus menamatkan pendakian, aku terus bergegas ke Kuala Tahan bersama seorang sahabat, Encik Zainal Arshed. Buat apa disana? Bercerita bab naik bot, sungai, lubuk dan sanctuary ikan nie agak sensitif. Jadi biarlah ianya menjadi rahsia.. :D