25hb Febuari 2011 - Hari ini dalam sejarah. Seperti baru semalam aku mengeluarkan kata-kata bahawa aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang (Penang), terkedu gembira dan sangat kagum dengan kekuasaan Allah swt yang mengkabulkan doa-doa hamba-Nya.
Pada kali ini, kami (WILD JUNCTION) diberi mandat untuk melakukan program Team-Building selama 3 jam untuk persidangan Maybank Deposit Champion Convention 2011 yang berlangsung di Bay View Beach Resort, Batu Frengghi, Penang. Persidangan yang dihadiri seramai lebih 450 orang wakil seluruh Malaysia ini memberikan banyak kenangan dan pengalaman kepada kami.
Program yang kami lakukan ini cenderung kepada Fun Treasure-Hunt yang memerlukan kerjasama serta koordinasi kumpulan yang strategik dan efektif untuk menyempurnakan segala tugasan yang diberi. Elemen-elemen yang kami gunakan kebanyakannya adalah daripada permainan traditional seperti Sepak Takraw, Congkak, Layang-Layang dan juga Sumpit. Selain itu juga diselitkan beberapa permainan minda (IQ Puzzle) yang dapat menjana seseorang untuk berfikir dengan lebih kreatif (Out-of-The-Box).
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan dan mereka amat berpuas hati meskipun objektif dan perjalanan program yang sebenar telah tersimpang sedikit daripada apa yang kami rancangkan sebelum ini, gara-gara campur tangan beberapa pihak.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Antara barisan crew/fasilitator program ini tidak lain dan tidak bukan adalah:-
Encik Cicak, Encik Wan Botak, Encik Acu, Encik Arman, Encik Akram, Encik Ezra, Encik Botak Jumbo, Encik Faris WJ, Encik Mus ADREX dan Encik Ubet WJ (tiada dalam gambar)
dan barisan tunjang program ini, orang yang menanggung segala pening iaitu pihak pengurusan program ini:-
Encik Gopi (NICHE JUNCTION) dan Encik Harikrishna (WILD JUNCTION)
Secara keseluruhan, kami amat berbangga dengan komitmen yang anda semua berikan. Semoga kita dapat bekerjasama lagi untuk projek-projek masa hadapan. Sekian sahaja daripada saya. Wassalam.