Showing posts with label mount_hopping. Show all posts
Showing posts with label mount_hopping. Show all posts

Nov 1, 2011

JB Hiker Mount Hopping CH


Perancangan ekspedisi paling huru-hara pernah aku lalui setakat ini. Kalau nak diikutkan hati mau aku 'letup!' Kem Sungai Pauh. Tapi mungkin dah ketentuan Illahi yang membawa kumpulan ekspedisi ini untuk tidur di Dorm Masjid Kayangan Brinchang. Sesungguhnya aku percaya ada hikmah disebalik segalanya.

28 October - Bersama-sama Fazrul Nizam aka Encik Yo PETZL dan Encik Harikrishna bertolak daripada Damansara pada jam 10.30 malam menuju terus ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Tiba di Pekan Brinchang lebih kurang jam 2.00 pagi, kehadiran disambut oleh Encik Botak Germen. Check-IN!

29 October - Seawal jam 6.00 pagi, crew bangun menyiapkan sarapan pagi untuk peserta ekspedisi. Menyambut ketibaan para peserta pada jam 9.00 pagi dan memberi taklimat ekspedisi di ruang makan masjid. Setelah barisan crew/guide diperkenalkan, perjalanan ekspedisi bermula! Misi hari pertama dimulakan dengan pendakian ke Gunung Berembun yang terletak di Kem Sungai Pauh. Lead guide untuk ke Gunung Berembun ialah Encik Amri sendiri. Perjalanan bermula pada jam 10.40 pagi dan semua peserta selamat tiba di puncak Berembun pada jam 1.45 petang.

Pendakian seterusnya ialah ke puncak Gunung Jasar. Baton Guide pada kali ini diserahkan kepada Encik Yo PETZL. Rentis yang diambil sebenarnya tidak pernah aku lalui sebelum ini. Satu pengalaman baru. Namun bagiku lebih mudah lagi melalui rentis lama (perlu masuk ke dalam kawasan kebun bunga rumah orang). Semua pendaki selamat tiba di puncak Jasar pada jam 4.30 petang.

Kemudian, kumpulan pendaki meneruskan perjalanan seterusnya iaitu perjalanan terakhir pada hari ini iaitu ke puncak Perdah. Puncak ini terletak di kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Ruil. Alhamdulillah kesemua peserta selamat tiba di puncak ini meskipun terdapat kecederaan kecil di lutut (lutut veteran) pada barisan belakang. Tepat jam 6.45 petang kumpulan pendaki turun ke Sungai Ruil dan berjalan pulang melalui jalan raya menuju ke Pekan Brinchang sejauh 1.8KM (sahaja).

30 October - Seawal jam 6.00 pagi, crew telah bangun dan mula menyiapkan sarapan dan bekalan makan tengahari. Terdapat masalah teknikal disini, dimana pendakian ke Gunung Irau terpaksa dibatalkan kerana rentis telah ditutup untuk tujuan baik-pulih dan naik-taraf. Pendakian tersebut telah digantikan dengan pendakian santai ke Gunung Ubi yang terletak berdekatan dengan ladang "Bharat Tea" yang terletak diantara Ringlet dan Tanah Rata. Baton Guide telah bertukar tangan pula kepada Encik Botak Germen.

Selesai sarapan pagi, kumpulan pendaki di hantar menaiki bas mereka sendiri ke ladang "Bharat Tea". Pendaki di bawa melalui kawasan ladang teh menuju ke Kampung Orang Asli Sungai Ubi. Perjalanan melalui ladang teh yang menghijau memberi satu kenikmatan dan kelainan dimana pendaki dapat menghirup udara yang segar disamping menyimpan memori-memori indah berlatar-belakangkan pemandangan yang cantik.

Kemudian peserta dibawa melalui perkampungan Orang Asli moden sebelum melakukan pendakian ke puncak gunung ini. Kesemua peserta tiba di puncak gunung pada jam 10.30 pagi. Disini pendaki dapat melihat permandangan banjaran gunung dan laluan Trans Gopeng-Cameron. Setelah puas berehat dan menyimpan gambar kenangan, kumpulan pendaki dibawa turun kembali ke ladang teh dan menaiki bas terus ke Pekan Brinchang.

Pendakian terakhir untuk siri ekspedisi ini ialah menawan Gunung Brinchang. Pendakian ke gunung ini hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit (maksima) mengikut laluan hutan. Selepas mengisi perut yang kosong, pendaki dibawa melalui rentis Jungle Walk No.1 menuju ke puncak Brinchang. Disini pendaki akan melalui kawasan Hutan Mossy yang berlumut dan dihidangkan dengan kawasan berakar dan lumpur sebelum sampai ke puncak gunung.

* Pada mulanya Baton Guide dipegang oleh Encik Amri sendiri, namun akibat kegagalan mencari simpang masuk ketika di Intake Point (tempat sudah bajak da..) Maka, Baton saya telah dirampas oleh Encik Yo PETZL. Silakak!

Semua pendaki selamat tiba di puncak Gunung Brinchang pada jam 3.00 petang. Di atas puncak ini terdapat menara pemancar telekomunikasi (TM) dan sebuah menara pandang yang boleh dinaiki oleh orang awam. Sepanjang kembara aku ke gunung ini tidak pernah aku naik pun menara tersebut. Hehehe.

Lebih kurang jam 4.00 petang, kumpulan pendaki dibawa turun melalui rentis yang sama. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana semua peserta selamat dan tiba di Intake Point tanpa sebarang kecederaan. Di sini satu sambutan telah dilakukan dengan berjaya tanpa sebarang masalah. BIG MOMMA's PLAN telah kami tunaikan! Harap tiada sebarang dendam disimpan dalam hati. Semoga kita jumpa lagi. Adios~


Line-up Crew: Am, Encik Botak Germen, Encik Yo PETZL, dan Encik Harikrishna Batunipah

Read more...

Apr 18, 2011

Mount Hopping Cameron Highland

Mount Brinchang

15hb April 2011 - Tidak sempat aku pulang ke Kuala Lumpur untuk berkemas, nahh melompat pula ke Cameron Highland. Perjalanan pada kali ini agak mencabar. Sejurus selesai program bersama AKZONOBEL aku meminta bantuan Zainal Arshed menghantar aku ke Ipoh. Tiba di Ipoh aku jadi blur tak tau nak buat apa. Akhirnya, lepak masjid lah jawapnya sementara menunggu malam. Jam 7.00 petang aku memanjangkan langkahku, menaiki bas daripada Medan Kitt ke Medan Gopeng, tempat pertemuan yang dirancangkan bersama ahli-ahli jemaah yang lain. Memandangkan malam masih muda, cybercafe belakang McD menjadi tempat pilihan untuk membunuh waktu. Jam 12.00malam, Mustakim Sedek tiba membawa aku terus ke Kem Sungai Pauh, Cameron Highland dan bermalam.

Camp Sg Pauh

16hb April 2011 - Seawal jam 7.30 pagi, aku, Mustakim Sedek dan Abang Chik keluar ke Pekan Tanah Rata mencari sesuatu untuk dimakan. Sejuk punya pasal perut jadi lapar.. Hari ini misi aku dan Mustakim Sedek adalah membawa 7 pendaki F.O.C (FirstTimeR Outdoor Club) dan Abang Chik menjajah puncak Gunung Irau dan Brinchang dengan selamat. Keadaan cuaca pada awal pendakian baik sekali namun pada pertengahan perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kesemua pendaki selamat sampai ke puncak Gunung Irau dan pulang melalui rentis Gunung Brinchang. Al-kisah nak dipendekkan cerita, kecederaan telah berlaku pada salah seorang peserta. Nasib baik kejadian yang tidak diingini berlaku sejurus keluar daripada rentis hutan.

17hb April 2011 - Hari ini, 2 orang peserta tambahan tiba di Kem Sungai Pauh untuk menyertai sisa-sisa yang masih gagah untuk meneruskan perjuangan ekspedisi ini. Peserta tambahan tersebut merupakan En.Gary dan awek-nya Tracy; kenalan daripada Group Facebook M.O.B (Malaysia Outdoor Buddies). Pendakian ke Gunung Berembun diberkati dengan suasana dan cuaca yang sangat baik. Namun dugaan tetap diterima sejurus turun daripada puncak gunung. Tiba di MARDI Tanah Rata, dan baru nak mulakan perjalanan, maka hujan turun dengan lebatnya.. tersangat-lah lebat!

Mount Jasar

"You guys tak kesah ke trekking dalam hujan?", niat aku nak batalkan je ekspedisi tapi memandangkan semua yang mengikut menunjukkan reaksi muka yang selamba dan semangat yang membara. Maka ku gagahkan jua pendakian berjalan dalam hujan ini (sedih bunyinya).

Mount Perdah

Dipendekkan cerita semua yang terlibat pada perjalanan menjelajah Gunung Berembun, Jasar dan Perdah pada hari ini selamat dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Subhanallah, Maha Suci Allah swt yang melindungi perjalanan hamba-hambanya.

Line-up: Am, Mustakim, Abang Chik, Aiman, Arman, Fizi Tapis, Al-Hafizi, Zaim, Fasha, Dayah, Gary dan Tracy

Read more...

Previous Home