May 24, 2011

Perjalanan Paling Menyiksakan


14-17hb Mei 2011 merupakan detik pertama kali bagi segalanya dalam perjalanan hidupku ini. Segala yang dirancang tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan. Segala yang diharapkan tidak berlaku seperti apa yang diharapkan. Segala yang ditanggung tidak seperti apa yang sepatutnya ditanggung. Namun, Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinmu maka terbukalah pintu hati pendaki-pendaki ini untuk menukar pelan perancangan asal mereka.

Sebelum anda meneruskan pembacaan ini, saya harap anda baca nota dibawah terlebih dahulu bagi mengelakkan segala jenis salah faham daripada berlaku:-

Blog ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan pendaki lain diluar sana agar tidak terjadi untuk kali ke-2.

Blog ditulis bukan untuk membangkitkan isu bagi menyakitkan hati mana-mana pihak.

Blog ini juga ditulis untuk membantu orang-orang seperti aku ini bekerja dengan lebih keras lagi untuk meneruskan kehidupan, serta menjayakan misi-misi pendaki dalam melengkapkan warna hidup mereka.


Jalan cerita bermula begini,

Sehari sebelum memulakan perjalan ke Ipoh, aku dan sahabatku Zainal keluar ke pekan membeli barang keperluan seperti makanan dan peralatan dapur untuk keperluan 11 orang selama 6 hari 5 malham di dalam hutan. Seperti biasa, aku membeli barang mengikut menu yang telah disediakan.

J : Am macam banyak je barang nie, macam kena pikul semua je nie am (masin mulut kau)
A : Barang kalau dah bahagi-bahagikan nanti takde lah nampak banyak...

Semasa dirumah, aku mengarahkan Zainal untuk memasukkan barang-barang yang berat terlebih dahulu ke dalam beg beliau. Barang selebihnya akan dimasukkan ke dalam plastik sampah untuk dipikul, jinjing, peluk atau dengan cara apa sekali pun asalkan semua barang selamat sampai ke tempat yang telah dijanjikan.

Jam 8.00 malam, seorang lagi sahabat menghantar kami ke Stesen Komuter yang terdekat. Maka, penyiksaan pertama kami bermula... keretapi sarat dengan penumpang! Kami berdiri sepanjang perjalanan daripada Serdang Stesen KL Sentral. Azab berat yang dipikul bahu bak menampung seekor anak gajah. Peluh menitik tak henti sehingga tiba ke KL Sentral.

A : Takpe Nal, sabar je dah masuk ETS nanti lega lah sikit bahu tu.

ETS bermaksud Electric Train Services yang merupakan kemudahan keretapi laju menuju ke Ipoh

Nasib kami baik kerana tiba di KL Sentral 10 minit lebih awal. Jika lewat sedikit sudah tentu kami akan ditinggalkan keretapi. Tidak ku sangka penumpang yang menuju ke Ipoh pada malam tersebut begitu ramai sehingga memenuhi seluruh tempat duduk di setiap gerabak.

Syukur tepat jam 11.30 malam kami selamat tiba di Stesen Keretapi Ipoh. Dalam hati berkata, "Nak talipon member, segan la pulak... Tidur masjid sudah..". Setelah menambah tahap nikotin dalam badan, kami meneruskan perjalanan mencari InternetCafe, nak cetak surat pelepasan masuk empangan esok harinya. Tidak yakin untuk meninggalkan beg dan barang-barang lain dimana-mana, jadi kesudahannya kami pikul. (peluh kembali menitik)

J : Am, kita nak tidur mana nie?

Melihatkan isi kandungan beg kami serta dokumen dan wang ringgit tunai yang aku berada bersama aku...

A : Kita cari hotel murah terdekat, selamat sikit.. Esok pagi kita tunggu Salan.

Jam 12.00 malam, Salan talipon aku bertanyakan tempat aku berada. Alhamdulillah, syukur Allah s.w.t mendengar rintihan hamba-Nya. Akhirnya Salan datang mengambil kami di ESSO Medan Kidd dan membawa kami ke rumahnya untuk bermalam.

Keesokan harinya, bersamaan 14hb Mei 2011 kami bergerak untuk mengambil peserta ekspedisi. Setibanya kami ke lokasi yang diberitahu, terkejut aku melihat beg yang mereka bawa untuk mengharungi perjalanan selama 6 hari ini. Ditambah pula dengan bungkusan-bungkusan tambahan untuk diberikan kepada porter membuatkan aku berasa tidak senang hati. Namun aku diamkan sahaja, "Mungkin isi di dalam beg mereka tidak banyak.", dalam hati aku berkata.





Gambar diambil bersama teman-teman baru, mereka mendaki bersama kumpulan yang lain. Kalau nak berkenalan dengan mereka, dari kanan gambar itu ialah Encik Ahmad Suhardi Ali, Encik Germen Botak, Encik Bob Faizal Pco, Encik Halimi Razak dan Encik Nazri Kubur. Nama-nama tersebut boleh dicari di dalam laman sosial Facebook.

Previous Home