Ekspedisi pada kali ini merupakan projek terakhir aku bersama UiTM Kampus Johor Bahru. Pendakian ke Gunung Liang East dan West yang akan mencukupkan latihan persediaan mereka sebelum menawan puncak yang ke-10 iaitu Gunung Kinabalu. Berikut merupakan catatan yang dapat aku ingat sepanjang perjalanan selama 3 hari 2 malam ini:-
12 April 2012 - Bersama-sama Boiy Nadz dan Encik Harikrishna Batunipah bertolak daripada Damansara menuju ke Tanjung Malim melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sepanjang perjalanan, tiada sebutir pun kilauan bintang menghiasi langit. Kami diberitahu oleh brader lori, "Hujan lebat tak berhenti kat Tanjung Malim nie..". Perancangan asal kami ialah untuk terus masuk ke kawasan empangan sejurus kumpulan pendaki tiba. Namun akhirnya disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak mengizinkan menyebabkan perancangan diubah kepada "Pakej tidur dalam hotel bergerak berhawa dingin di Tanjung Malim"
13 April 2012 - Seawal jam 6.00 pagi, crew bangun menunaikan solat Subuh, berkemas dan sediakan makan pagi untuk pendaki. Sarapan nasi lemak dan teh o diberikan kepada pendaki di Hentian Rehat berhadapan Balai Polis Tanjung Malim. Punyalah malas nak masak punya pasal. Satu lagi.. baru aku tahu punyalah susah nak cari Nasi Putih di pagi hari....
Kemudian, kumpulan pendaki meneruskan perjalanan seterusnya iaitu perjalanan terakhir pada hari ini iaitu ke puncak Perdah. Puncak ini terletak di kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Ruil. Alhamdulillah kesemua peserta selamat tiba di puncak ini meskipun terdapat kecederaan kecil di lutut (lutut veteran) pada barisan belakang. Tepat jam 6.45 petang kumpulan pendaki turun ke Sungai Ruil dan berjalan pulang melalui jalan raya menuju ke Pekan Brinchang sejauh 1.8KM (sahaja).
14 April 2012 - Seawal jam 6.00 pagi, crew telah bangun dan mula menyiapkan sarapan dan bekalan makan tengahari. Terdapat masalah teknikal disini, dimana pendakian ke Gunung Irau terpaksa dibatalkan kerana rentis telah ditutup untuk tujuan baik-pulih dan naik-taraf. Pendakian tersebut telah digantikan dengan pendakian santai ke Gunung Ubi yang terletak berdekatan dengan ladang "Bharat Tea" yang terletak diantara Ringlet dan Tanah Rata. Baton Guide telah bertukar tangan pula kepada Encik Botak Germen.
Selesai sarapan pagi, kumpulan pendaki di hantar menaiki bas mereka sendiri ke ladang "Bharat Tea". Pendaki di bawa melalui kawasan ladang teh menuju ke Kampung Orang Asli Sungai Ubi. Perjalanan melalui ladang teh yang menghijau memberi satu kenikmatan dan kelainan dimana pendaki dapat menghirup udara yang segar disamping menyimpan memori-memori indah berlatar-belakangkan pemandangan yang cantik.
Apr 15, 2012
Mount Liang East & West 2012
Line-up Crew: Am, Encik Botak Germen, Encik Yo PETZL, dan Encik Harikrishna Batunipah
nukilan
gigaslave