Sebulan berlalu di Gerah, Bilah dan Bieh. Tanggal 30 September sehingga 4 Oktober 2011 merupakan detik pertama kalinya aku menjejakkan kali ke ketiga-tiga buah gunung ini. Setelah sekian lama mendengar nama gunung ini disebut-sebut, akhirnya peluang yang dinanti-nanti telah tiba. GERAH merupakan satu nama yang sangat GAH suatu ketika dahulu. Sewaktu dimana ahli jemaah ADREX gila-gila menyondol rentis-rentis gunung yang jarang dimasuki pendaki.
30 September - Gerak daripada Kuala Lumpur menaiki bas di Pudu Sentral (formerly known as Puduraya) pada jam 10.30 malam terus ke Medan Gopeng, Ipoh. Daripada Medan Gopeng pula menaiki pacuan 4WD terus ke Kg. Lasah, Sungai Siput. Bermalam di masjid menunggu azan Subuh berkumandang.
1 Oktober - Menaiki kenderaan 4WD Abang Aris (Kulatpusu) memasuki kawasan pendalaman menuju ke Pos Lerlar. Perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Bayangkan, sebuah Mitsubishi Pajero, memuatkan seramai 10 orang pendaki termasuk pemandu dengan anggaran berat kasar termasuk beg sebanyak 780kg. Selamat tiba di Pos Lerlar sebelum matahari tegak di atas kepala dan meneruskan perjalanan ke Gunung Gerah melalui rentis masuk ke Gunung Ulu Sepat.
Perjalanan pada hari pertama terasa sangat panjang, untuk tiba ke tapak perkhemahan pertama para pendaki perlu melalui hutan-hutan bawah, menyusur dan melintasi beberapa batang sungai, berhadapan dengan Bukit Bongok yang sangat panjang pendakian pacaknya serta melalui sebuah perkampungan orang asli Kg. Agek. Hari ini, kesemua pendaki berjalan lebih masa (overtime) dan tiba di Kem Kunyit pada jam 8.30 malam.
2 Oktober - Hari kedua, bertolak dari Kem Kunyit pada jam 9.00 pagi. Sasaran pada hari ini ialah mendaki ke puncak Gunung Bilah dan tidur di puncak Gunung Gerah. Berhenti rehat untuk makan tengahari di Kem Sarsi. Disini kami dijamu dengan Soto Nasi Impit. Lazat sehingga menjilat jari (mungkin faktor utama disebabkan oleh kemarahan cacing di dalam perut ini akibat kelaparan). Perjalanan diteruskan sehingga tiba di simpang puncak Bilah (sebelah kiri).
Perjalanan ke puncak Bilah diteruskan pada lewat jam 7.45 malam. Operasi pada malam ini merupakan operasi serampang dua mata dimana kami juga perlu memikul air daripada LWP yang terletak di kaki Gunung Bilah untuk digunakan pada malam ini dan keesokan harinya. Dua daripada ahli kumpulan membuat keputusan untuk menunggu di simpang sahaja kerana keletihan dan masalah 'lutut yang goyang'.
Semua pendaki berjaya menjejakkan kaki di puncak walaupun perjalanan ke puncak Bilah ini ada sedikit tersasar bagi sesetengah pihak. Perjalanan pulang ke simpang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Perjalanan diteruskan ke puncak Gunung Gerah dan kesemua pendaki berjaya tiba pada jam 9.45 malam.
3 Oktober - Azan Subuh berkumandang. Indahnya.. Namun bisikan Syaitan bersama titisan hujan di pagi hari akhirnya berjaya menundukkan iman ini untuk meneruskan tidur sehingga terbit mentari, Astarghfirullahalazim! Aku berdosa pada-Mu. Pemandangan pagi dilitupi oleh kabus dan awan tebal yang berkepul-kepul. Lewat jam 10 pagi barulah rezeki kami untuk melihat pemandangan sekitar daripada puncak Gerah ini menjadi kenyataan. Cantik! Lebih cantik jika dilihat pada waktu matahari terbit.
Selepas sarapan, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu puncak Gunung Bieh yang terletak bersebelahan sahaja. Perjalanan secara freebody mengambil masa lebih kurang 2-3 jam pergi dan balik. Puncak Bieh bukanlah puncak terbuka seperti Gerah, meskipun begitu ianya tetap indah dikelilingi oleh pepohon bonsai berlumut tebal. Selepas mengambil beberapa keping gambar sebagai memori, kami pulang ke puncak Gerah untuk makan tengahari dan berkemas pulang ke Kem Kunyit.
Bertolak daripada puncak Gerah pada lewat jam 3.00 petang, dan semua pendaki selamat tiba ke Kem Kunyit diantara jam 10 hingga 10.30 malam. Inilah akibatnya jika tidak menepati masa perjalanan mengikut jadual. Semua ini boleh dilakukan, akan tetapi dengan syarat masing-masing perlu mengetahui kekuatan dan batasan kemampuan diri sendiri.
4 Oktober - Kami diberitahu untuk bergerak seawal yang mungkin daripada Kem Kunyit agar dapat kembali ke Ipoh sebelum bas terakhir ke Kuala Lumpur bertolak. Perjalanan pulang bermula pada jam 8.30 pagi. Daripada Kem Kunyit melalui Kampung Orang Asli Agek, melintas sungai dan berehat sebentar di Kem Agek. Meneruskan perjalanan mendaki Bukit Bongok menuju ke simpang Gunung Ulu Sepat.
Langkah pulang semakin pantas, masing-masing sudah tidak sabar untuk keluar ke dunia yang lebih bertamadun. Alhamdulillah kesemua pendaki selamat keluar pada jam 5.30 petang di Pos Lerlar. Disini kami bersiap dengan pakaian pulang dan menuju terus untuk ke destinasi yang berikutnya iaitu Medan Gopeng, Ipoh.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua line-up yang banyak memberi kerjasama serta tolong menolong antara satu sama lain. Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Poncho kerana menganjurkan dan menjadi pemandu arah dalam ekspedisi ini. Jika ada kesempatan kita berjumpa lagi dimana-mana..

Line-up: Am, Encik Poncho (Guide), Encik Azlee Mustafa, Encik Roslan, Encik Yazid, Encik Syed Khairil, Encik Kulatpusu aka Abang Aris (Pilot 4WD), Encik Quzy Wong, Encik Lokman dan Encik Azam Relax Adventure