14-15hb Mei 2011 - Tarikh keramat tersebut merupakan hari dimana trip mendaki Gunung Irau dan Gunung Brinchang dijalankan oleh Saudara Mustakim Sedek. Sungguhpun perjalanan trip ini tidaklah begitu santai seperti yang digambarkan oleh para peserta, namun setelah mendengar khabar baik yang mengatakan bahawa trip tersebut berjalan dengan lancar membuatkan aku senang dan tenang. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Mustakim Sedek kerana menguruskan trip ini dengan jayanya. Biarlah apa orang kata (jika ada), soal ketepatan masa boleh kita pejam sebelah mata, namun soal keselamatan tidak boleh dipandang sebelah mata betul tak? Saya nantikan kemunculan trip anda yang seterusnya..